Kecil-kecil cili padi. Home-grown, baru bertatih, tapi pedas!
Pembuat kecil, indie dan home-grown yang berani lawan jenama besar.
Semua jenama lokal, sentiasa up to date.
Tentang LokalLah!
“boleh tak ada sorang buat website yang compile all local brand products daripada skincare, fashion, food to all other things yang Malaysian buat? and MUST BE UP TO DATE dari segi promotion and new products they launched”
Boleh.Ni dia, dan kami pastikan sentiasa up to date.
Cara kami sync
Robot kecil kami ronda setiap kedai online yang boleh kami baca, lebih kurang setiap 3 jam, dan sekali lagi setiap pagi sekitar pukul 6.
Harga asal vs harga sekarang? Kami kira diskaun untuk kau. Produk baru terus naik rak.
Kami tak jual apa-apa. Kau beli terus dari jenama, duit sampai kat diorang.
Sekarang, 141 daripada 207 jenama ada kedai online yang kami boleh baca terus. Yang lain kami senaraikan dengan link rasmi diorang je. Sync terakhir: .
Saiz jenama
Setiap jenama besar pernah bermula kecil.
Kecil-kecil cili padi. Home-grown, baru bertatih, tapi pedas!
Pembuat kecil, indie dan home-grown yang berani lawan jenama besar.
Tengah naik daun. Makin ramai kenal, makin laju jalan.
Jenama lokal moden yang tiba-tiba semua orang sebut.
Nama yang satu Malaysia kenal. Kita membesar sama-sama.
Nama yang kita membesar bersama, dan masih sayang sampai sekarang.
Harga dan stok boleh berubah bila-bila masa. Sila sahkan harga akhir di kedai rasmi sebelum membeli.
Nama jenama, tanda dagangan dan gambar produk adalah milik pemilik masing-masing.
Pemilik jenama? Nak kemas kini info atau keluar dari senarai? Guna borang kat bawah.
LokalLah! direka dan dibina oleh MaqmarX (buka dalam tab baru).
FAQ
Terus dari kedai online rasmi jenama. Kami baca senarai produk kedai tu, kira diskaun dari harga asal vs harga sekarang, dan tandakan produk yang baru dilancar. Jenama yang kedainya belum boleh dibaca automatik tetap disenaraikan, dengan link rasmi diorang.
Lebih kurang setiap 3 jam di belakang tabir, dan sekali lagi setiap hari sekitar pukul 6 pagi. Sync terakhir: . Setiap kad produk tunjuk bila harganya disemak.
Harga dan stok boleh berubah bila-bila masa, termasuk antara dua sync. Sila sahkan harga akhir kat kedai rasmi jenama sebelum bayar.
Tak ada. LokalLah! ialah direktori bebas. Kami tak bergabung dengan, ditaja atau disahkan oleh mana-mana jenama yang disenaraikan. Kami tak ambil komisen, dan tak ada tempat berbayar: susunan jenama dan produk bukan untuk dijual.
Supaya jenama boleh nampak dalam analitik diorang yang lawatan tu datang dari LokalLah!. Ini bukan link affiliate dan kami tak dapat apa-apa bila kau beli.
Tier ni cerita saiz jenama: Cili Padi untuk pembuat kecil dan home-grown, Naik Daun untuk jenama yang tengah makin dikenali, Jenama Ikon untuk nama yang satu Malaysia kenal. Tengok tier.
Dalam browser kau je (localStorage). Tak perlu login dan kami tak nampak apa yang kau simpan. Clear data browser, hilanglah dia.
Boleh. Guna borang cadangan kat bawah, bagitahu nama jenama dan apa yang perlu diubah.
Cadang jenama
Cadang la. Oyen catat, kami semak.